INSENTIF LATIHAN AMALI
(ILHAM KESUMA)

BERSTRUKTUR, BERBAYAR, BERKUALITI
Inisiatif ini merupakan cetusan idea YB Menteri Sumber Manusia yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti latihan amali (latihan industri) berbayar serta penawaran latihan amali yang lebih tersusun, berstruktur dan diperkaya dengan aspek professional oleh majikan untuk membentuk bakat muda tempatan yang sedia industri.
1000
+

Latihan Industri

500
+

Syarikat Berdaftar

98,000
+

Bakat Berdaftar

RM600
++

Elaun Latihan

APAKAH KOMPONEN YANG DITAWARKAN MENERUSI ILHAM KESUMA?

5 Komponen strategik yang ditawarkan oleh agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA)

Dasar Latihan Amali 1:3

Dasar Progresif Mengenai Sumbangan Ekspatriat kepada Pembangunan Bakat Tempatan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA)

MySIP oleh
TalentCorp

Program Latihan Industri Berstruktur Nasional (MySIP) dibangunkan untuk menggalakkan syarikat-syarikat menyediakan pengalaman pembelajaran praktikal yang bermakna melalui modul latihan industri berstruktur dan berbayar.

LiKES oleh
TalentCorp

Geran padanan penempatan latihan industri yang berstruktur dan berbayar untuk syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan syarikat pemula dengan peruntukan sebanyak RM30 juta selama 3 tahun

ITS oleh
HRD Corp

Satu skim yang direka untuk memberikan bantuan kewangan melalui majikan kepada pelajar sarjana muda atau pelatih yang menjalani latihan industri di organisasi perniagaan pilihan mereka.

MyNext oleh TalentCorp

Sebagai sebahagian daripada pendekatan holistik terhadap strategi bakat, inisiatif MyNext TalentCorp membentuk hubungan penting antara pendidikan, majikan, dan kebolehkerjaan.

MyNext Mobility

Tingkatkan kebolehpasaran dengan pengalaman latihan industri antarabangsa.

Terokai peluang latihan industri dengan penawaran lebih daripada 1,000 kekosongan penempatan untuk latihan industri hari ini!