Tingkatkan Kebolehpasaran Pekerjaan Dengan Pengalaman Latihan Industri di Luar Negara

Mulakan perjalanan kerjaya anda dengan pengalaman latihan industri professional di luar negara melalui MyNext Mobility. Program fasilitasi bakat yang direka khas untuk peningkatan kebolehpasaran dan ketersediaan bakat ke dalam pasaran pekerjaan sambil meneroka peluang-peluang latihan industri berkualiti di luar negara.

Serlahkan Potensi Anda

Di TalentCorp, kami komited dalam membuka peluang kepada belia Malaysia untuk lebih menyerlah di arena global menerusi MyNext Mobility. Inisiatif ini bertindak sebagai platform mudahcara bakat dengan penyediaan peluang untuk meningkatkan kemahiran serta meneroka pengalaman latihan industri di luar negara melalui trek berikut:

  1. Latihan Industri Luar Negara: Dapatkan pengalaman yang bermakna di peringkat antarabangsa melalui program latihan industri kami. Terokai pengalaman secara langsung dengan adaptasi global merentasi pelbagai industri dan landskap budaya. Dengan mengaplikasikan pengetahuan akademik untuk ke pasaran pekerjaan yang praktikal, pengalaman berharga ini  dipercayai membantu untuk peningkatan kebolehpasaran dan ketersediaan bakat untuk ke pasaran pekerjaan bukan sahaja dalam negara bahkan di luar negara.

  2. Projek Impak Sosial: Bawa perubahan yang bermakna dengan Inovasi kepada komuniti di seluruh dunia  melalui projek impak sosial kami. Tangani isu-isu keperluan mendesak, asah kemahiran kepimpinan serta kemahiran kerja berpasukan anda, dan menyumbang kepada matlamat pembangunan mampan sambil memupuk persefahaman silang budaya.

Bentuk Tenaga Kerja Masa Depan Malaysia

Menerusi penyertaan MyNext Mobility, anda bukan sahaja meningkatkan keupayaan dan sahsia tetapi berpeluang untuk menyumbang dalam misi TalentCorp membentuk tenaga kerja masa hadapan Malaysia. Serlahkan potensi anda dalam kumpulan bakat global dan jalinan perhubungan global untuk impak positif kepada dunia.

Kemudahan yang disediakan

Menerusi MyNext Mobility, fasilitasi yang bakal disediakan:

  • Pembayaran balik untuk tiket penerbangan dan yuran pemprosesan visa.
  • Pembiayaan untuk projek impak sosial.

Serlahkan Potensi Anda Hari Ini

Adakah anda sudah bersedia untuk memulakan perjalanan transformatif ke arah kejayaan secara peribadi dan profesional? Sertai MyNext Mobility dan serlahkan potensi anda hari ini!