
Program Latihan Industri Berstruktur Nasional (MySIP) oleh TalentCorp
Program Latihan Industri Berstruktur Nasional (MySIP) dibangunkan untuk menggalakkan syarikat menyediakan latihan industri yang berkualiti serta pengalaman pembelajaran praktikal yang bermakna melalui modul latihan industri berstruktur yang diluluskan untuk pelajar.
Bagi mana-mana majikan yang mengambil pelajar Malaysia sepenuh masa dari IPTA atau IPTS tempatan atau IPT di luar negara serta institusi TVET untuk menjalani program latihan industri berstruktur yang disahkan oleh TalentCorp, mereka berkelayakkan untuk menerima insentif potongan cukai berganda bagi perbelanjaan yang ditanggung sepanjang tempoh pelajar menjalani latihan industri di syarikat mereka.